Sunday 13 July 2014

roshamnor asmira binti rusli

assalamualaikum...

post saya kali nie adalah tentang diri saya... bermula dengan nama saya ialah Roshamnor Asmira binti Rusli, dilahirkan di hospital besar kuantan,pahang... mula belajar di peringkat diploma pada tahun 2009-2011 iaitu di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,kulim kedah...jurusan yang diambil ialah diploma pemasaran...setelah tamat pelajaran di peringkat diploma saya sambung keperingkat ijazah iaitu di Universiti Tenaga Nasional(UNITEN) kampus muadzam shah,pahang... masih dalam bidang yang sama iaitu pemasaran..dan dijangka tamat belajar januari 2015 in shaa Allah...

kenapa saya belajar dalam bidang pemasaran? pada awalnya saya sendiri pun tidak pasti kenapa saya pilih course tersebut, sehinggakan ramai yang memandang rendah course yang saya ambil...ada yang cakap course yang saya ambil susah untuk dapat kerja... tapi saya tetap dengan pendirian saya kerana mendapat sokongan yang padu daripada kedua ibubapa saya sehingga kini.... course pemasaran sangat- sangat menyeronokan sebab kami selalu dikehendaki untuk joint segala jenis event yang berkaitan dengan bisness... dari situlah saya minat saya dalam bidang bisness mula memuncak...ketika di peringkat diploma kami diminta untuk buat perniagaan nasi lemak dan perlu dilakukan sendiri segala-galanya..itulah pertama kali saya jalankan perniagaan ketika belajar disana,bagaimanapun agak kecewa kerana nasi lemak kami banyak yang tidak habis... disebabkan lecturer tetap suruh habis semua nasi lemak, kami buat rancangan untuk ketuk pintu ke pintu dari satu blok ke satu blok..termasuklah blog lelaki(dapat kebenaran daripada warden) dengan harga yang lain daripada mula-mula kami jual... walaupun tidak berapa nak berjaya tapi kami seronok kerana dapat serba sedikit pengalaman dalam berbisnes walaupun agak kecewa masa tu....

minat bisnes saya makin memuncak apabila saya lihat mak saudara saya buat coklat sendiri di rumah ketika cuti sekolah...(untuk dimakan sahaja)... dari situ timbul niat dihati untuk belajar buat coklat sendiri... saya mula belajar dengan melihat sendiri bagaimana emak saudara saya buat coklat dan selebihnya saya belajar melalui youtube... sebab emak saudara saya cakap sekarang sangat-sangat senang untuk belajar apa-apa yang disukai... saya mula beli semua perkakasan coklat dengan elaun yang saya dapat... pada mulanya saya buat dalam kuantiti yang sedikit untuk beri kepada keluarga terdekat untuk rasa coklat yang saya buat...alhamdulillah semua cakap ok...so, saya mulakan dengan menjual di sekolah-sekolah yang berdekatan.... semakin hari semakin mendapat sambutan sehingga kini masih mendapat sambutan tetapi saya hanya lakukan bila cuti semester sahaja... walaupun agak penat tapi seronok tetap ada..walaubagaimanapun,saya masih mencari-cari perniagaan yang betul-betul sebati dengan diri saya....

diharapakan dengan bantuan cikgu,saya akan lebih mengetahui cara-cara mengendalikan blog dan pages dengan lebih berkesan...dan dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin dengan adanya cikgu serta peserta yang lain... diharapkan dapat meneruskan cita-cita sebagai bisneswoman in shaaAllah...

No comments:

Post a Comment