Sunday 13 July 2014

homemade coklat

assalamualaikum semua.... disini saya nak kongsikan cara-cara buat coklat dari rumah(homemade).
sebelum tu, sy nak kongsikan serba sedikit pasal coklat nie... coklat selama ini dianggap sebagai maknan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kedihatan badan. oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:

*lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
*protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
*karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

maka coklat boleh menyumbangkan:

*15% lemak
* 6% protein
*17% karbohidrat
*15% tenaga
*++ vitamin dan mineral yang diperlukan.

ini antara bahan-bahan yang perlu ada:
Bahan-bahan A
1 kg campuran
-nenas kering cincang
-mangga kering
-belimbing kering
-emping beras/jagung
# atau campuran buah-buahan dan kacang kering lain
Bahan-bahan B
55 kg kanji / maltodextrine
110 g gula perang
170 ml air
410 g sirap glukos / sirap jagung
140 g madu
110 g lemak (takad lebur 34ºC)
1 sudu teh lesitin
Cara membuatnya
1. Panaskan air di dalam periuk.
2. Masukkan bahan campuran kering dari B.
3. Masakkan sirap glukos dan madu.
4. Kacau rata dan didihkan hingga mencapai 112ºC.
5. Padamkan api. Masukkan lemak dan lesitin dan kacau sebati.
6. Sejukkan kepada 90ºC – 95ºC.
7. Tuangkan sirap sedikit demi sedikit secukupnya ke dalam bahan-bahan A sambil mengacau untuk mendapatkan gabungan yang sesuai.
8. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan.
9. Gelekkan kepada ketebalan yang dikehendaki. sejukkan sehingga keras.
10. Potong dan salutkan dengan coklat susu atau coklat yang telah distabilkristalkan.
11. Sejukkan sehingga beku.

No comments:

Post a Comment